KHASIAT BUAH DELIMA
Delima digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul
diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat,
payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa
memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.
Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada
melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol
jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini
amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem
kardiovaskular.
Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit
nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak
untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati
plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda
lebih cergas berbanding tkus kawalan.
Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque
gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.
Rahsia Penciptaan Buah Delima
Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam
kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan
delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman)
sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya
penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai
anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik
sebiji buah delima?
Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai
Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan
dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah
ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan
bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama
Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan
yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang
berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima
menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang
ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima
merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan
Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang
menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam
firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.
Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima
sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung-
kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian
atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi
biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan
kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan
kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan
buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai
kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang
halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah
delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima
mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat
pahit.. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk
memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit
yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas
daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada
kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan
tersendiri.
Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan
mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin,
vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah
sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai
pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam
mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.
Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada
sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn
Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab
itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru
keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nami Muhammad
SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan
kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima
dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia
dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan
mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu
buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga
bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan
darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan
jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia
mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula,
buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan
kurang lawas penghadaman.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian
pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam
perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat
cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat
tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional
ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi
baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian
kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal
beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia.
Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang
manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat
menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula
bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan
mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta
batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan
kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan
Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak
tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai
nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati
pelbagai jenis penyakit.
Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia
bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk
dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat
kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa
hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan
tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat
serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan
betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan
keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai
kurniaan tersebut.
No comments:
Post a Comment